Banner Printing

Mencari kedai banner di sekitar Bangi & Kajang? Kami menawarkan perkhidmatan print banner bertempat di Bandar Puteri Bangi, Kajang Selangor.

Kedai Banner Bandar Puteri Bangi, Kajang

Kedai Print Banner

Jika anda ingin tempah banner untuk kegunaan di luar dan dalam ruangan, sama ada untuk event, pengiklanan, atau tujuan lain, sila hubungi kami untuk membuat tempahan. Kami menyediakan pelbagai pilihan banner yang sesuai untuk pelbagai kegunaan dan keperluan anda.

Dengan pengalaman dalam menyediakan perkhidmatan print banner, kami bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat pengiklanan dan promosi anda.

Material Banner Dan Bunting

Tarpaulin 300gsm - 400gsm

Tarpaulin adalah bahan yang sangat sesuai untuk banner dan bunting, sama ada untuk kegunaan luaran atau dalam ruangan. Bahan ini sangat popular dan paling banyak digunakan untuk mencetak banner dan bunting. 

Material tarpaulin tahan lasak dan kalis air, menjadikannya pilihan utama kerana harganya yang lebih murah. Kami menawarkan cetakan bunting menggunakan material tarpaulin dengan resolusi 600dpi, 720dpi, dan 1200dpi untuk hasil cetakan yang jelas dan tajam.

Material Synthetic PVC Paper

Material synthetic PVC paper sangat sesuai untuk bunting indoor. Cetakan dengan resolusi 1200dpi menghasilkan kualiti gambar dan warna yang jelas  setanding dengan gambar foto.

Bahan ini biasanya digunakan untuk display indoor yang menggunakan stand seperti Roll Up Bunting. Sangat sesuai untuk kegunaan di korporat, pemilik perniagaan di dalam mall, dan penganjur acara yang menekankan pada kualiti visual yang tinggi.

Finishing Banner dan Bunting

Bagi apa-apa kegunaan banner dan bunting yang anda ingin tempah, kami menyediakan pelbagai jenis finishing banner & bunting yang boleh anda pilih

Kedai Banner Bandar Puteri Bangi, Kajang
Rope (Tali)

Biasanya digunakan untuk banner, tali boleh dipasang melalui lubang-lubang pada banner untuk tujuan pemasangan.

Kedai Banner Printing Banner
Eyelet (Lubang)

Juga digunakan untuk banner, eyelet adalah cincin logam yang dipasang di sekitar lubang-lubang pada banner untuk memudahkan pemasangan dengan tali atau pengikat lain.

PVC Pipe (Paip PVC)

Digunakan khas untuk bunting stand, paip PVC digunakan sebagai rangka untuk menyokong bunting. Sesuai untuk digunakan sekali bersama X stand & Tripod Stand.

Cut to size (Potong mengikut saiz)

Kami boleh memotong banner atau bunting mengikut saiz yang anda inginkan tanpa lipatan dan kemasan yang lain, ia untuk memastikan sesuai dengan kperluan anda,

Lipat Tepi

Lipatan tepi banner memberikan hasil akhir yang rapi dan kemas, meningkatkan kekuatan dan penampilan banner.

Display Stand

Kami juga menyediakan beberapa pilihan stand untuk bunting:

Roll Up Stand: Stand yang membolehkan bunting dilipat dan digulung untuk penyimpanan dan pengangkutan yang mudah.

Tripod Stand

Stand dengan tiga kaki yang stabil untuk menampilkan bunting secara menegak.

round base stand
Round Based Stand

Stand dengan dasar bulat yang memberikan kestabilan tambahan.

X Stand

Stand yang mudah dipasang dengan struktur X untuk menahan bunting dengan kuat.

Tempahan & Pertanyaan

Ingin tempah banner atau bunting yang sesuai untuk segala keperluan anda? Hubungi kami dengan memberikan size banner atau bunting dalam kiraan kaki (ft) untuk kami memberikan sebutharga.

Harga banner mengikut kaki persegi. Material Tarpaulin 600dpi RM2/sekaki. Hubungi kami melalui Whatsapp di bawah.

×